Alhamdulillah. Dengan izin dariNya , portal Sriti Al-Husna versi baru telah selesai dikemaskini. Sepertimana sedia maklum, portl sriti A-Husna telah wujud dari awal penubuhan pada tahun 2017.
Seiring dengan perkembangan teknologi terkini, beberapa penambahbaikan telah di lakukan terhadap portal Sriti. Antaranya adalah :
- Membuat integrasi dengan payment gateway bagi membolehkan urusan pembayaran dilakukan secara online menggunakan kaedah FPX atau Credit Card.
- Menyediakan kedai sriti online di mana ibu bapa boleh membuat pembelian baju sekolah dan buku text secara online dan juga pembayaran yuran dan perkhidmatan pengangkutan van untuk anak-anak.
- Panduan penggunaan kemudahan IT untuk anak-anak seperti penggunaan email sriti pelajar
Portal ini masih diperingkat pengujian dan tambahbaik. Jika mempunyai sebarang cadangan untuk penambahbaikan, sila maklumkan di ruangan komen atau email ke [email protected]