Sriti Al-Husna Pekan telah bermula penubuhannya pada tahun 2017 dengan 18 orang pelajar dan 5 orang kakitangan di bangunan Madrasah Al Husna, Jalan Rompin Lama, Pekan Pahang.
Sambutan ibu bapa terhadap SRITI semakin menggalakkan dari setahun ke setahun. Bermula tahun 2019, Sriti Al-Husna telah berpindah ke Maahad Tahfiz Al-Furqan, Permatang Pasir bagi menampung jumlah pelajar yang semakin ramai. Pada tahun 2020, jumlah pelajar Sriti Al-Husna telah meningkat kepada 108 pelajar dan 20 orang kakitangan.
Bangunan yang didiami di Permatang Pasir ini adalah bangunan sementara. Bagi perancangan jangka panjang, Sriti Al-Husna akan membina bangunan sendiri bersebelahan dengan Maahad Tahfiz Al-Furqan.
Usaha untuk pembelian tanah telah di buat pada tahun 2019. Alhamdulillah hasil sumbangan orang ramai, Sriti telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM75,000 bagi pembelian tanah seluas 1.5 ekar bersebelahan dengan Maahad Tahfiz Al-Furqan.
Untuk projek seterusnya, pihak Sriti akan memulakan projek fasa 1 pembangunan Sriti Al-Husna di atas tanah 1.5 ekar ini. Projek fasa 1 ini akan melibatkan pembinaan bangunan akademik bagi pembinaan 6 buah kelas. Kos bagi kerja-kerja awal dan pembinaan bangunan akademik ini adalah sebanyak RM150,000.
Portal infaq ini di wujudkan bagi membolehkan sumbangan di buat secara atas talian. Klik pada pautan untuk cara membuat sumbangan secara atas talian. Selain itu, portal ini juga akan melaporkan aktiviti semasa yang dilakukan hasil dari infaq orang ramai untuk pembangunan Sriti Al-Husna.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi mudir SRITI al-Husna, Ustaz Abdul Rahman Abu Kasim, 014-513 6123