Pengenalan SRITI

PENGENALAN

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam atau SRITI merupakan sebuah pusat pendidikan peringkat rendah milik Parti Islam Se-Malaysia. Ia dikelola oleh Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah, sebuah jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia. SRITI merupakan usaha kesinambungan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang menawarkan pendidikan bersepadu peringkat rendah yang berasaskan kurikulum integrasi tahfiz, fardhu ain dan fardhu kifayah.

SRITI ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2016 di bawah kelolaan Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah yang bertanggungjawab menyelaras sistem, merangka silibus, membuat perancangan strategik dan membuka Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) di seluruh negara. Untuk tahun pertama 2016 sebanyak 11 buah SRITI telah dibuka dan mula beroperasi.

SISTEM PENGAJIAN

Sistem pengajian yang terdapat di SRITI ini mengintegrasikan 3 elemen , subjek akademik arus pedana (KSSR), subjek-subjek Diniah dan progran Tahfiz Al-Quran. Kurikulum khas (kurikulum KAFFAH) akan diimplementasikan sepenuhnya bagi membolehkan aspek aqidah/tauhid merentasi semua mata pelajaran. Pencapaian dan prestasi murid akan dinilai dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan  (Penilaian oleh guru) dan penilaian berkala (peeriksaan). Aktiviti-aktiviti berasaskan sunnah Nabi akan dipilih untuk dilaksanakan sebagai aktiviti kokurikulum sekolah ini.